Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pencari kerja Sabah kurang ambil peluang program karnival kerjaya

    TAWAU, 7 OGOS – Pencari kerja di Sabah dilihat masih kurang mengambil peluang untuk mengisi kekosongan jawatan ditawarkan sepanjang empat siri karnival kerjaya di negeri itu sejak Januari lepas, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan.

    Beliau berkata menerusi Karnival Kerjaya Perdana Sandakan 2022 pada Januari lepas, Career Gig SMJ di Kota Kinabalu (Mac), Karnival Pekerjaan Semporna 2022 (Mei) dan Karnival Pekerjaan Kota Belud 2022 (Jun), hanya 983 orang mendapat pekerjaan daripada 13,313 kekosongan jawatan.

    Menurut Yakub, jumlah itu hanya mewakili tujuh peratus daripada kekosongan jawatan disediakan di empat karnival kerjaya itu dan kerajaan pada masa ini masih belum berpuas hati dengan sambutan sedemikian walaupun banyak telah dilakukan bagi membantu pencari kerja terlibat.

    “Kita juga berharap kerjasama daripada pihak majikan dan industri sama ada dari Sarawak atau Semenanjung Malaysia dapat dipertingkat dan diperluas pada masa akan datang dalam usaha menangani masalah pengangguran dan kehilangan pekerjaan di Sabah,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...