Pencarian mangsa runtuh dihentikan

MUMBAI, 24 SEPT – Pasukan keselamatan hari ini menghentikan kerja mencari dan menyelamat mangsa runtuhan blok bangunan pangsapuri di barat India selepas bilangan yang maut meningkat kepada 41 orang, kata para pegawai hari ini.

Anggota Pasukan Bertindak Bencana Kebangsaan (NDRF) berjaya menyelamatkan 20 mangsa daripada sisa bangunan tiga tingkat yang runtuh awal pagi Isnin lalu di Bhiwandi, dekat Mumbai.

Pegawai kanan NDRF, Komandan Anupam Srivastava, memberitahu AFP bahawa operasi telah dihentikan selepas pekerja kecemasan yang dibantu anjing pengesan berjaya menemui 41 mayat di bawah timbunan batu bata dan konkrit. – AFP