Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Pencarian MH370 dedah dunia bawah laut

SYDNEY, 20 Julai – Usaha mencari kapal terbang MH370 yang hilang telahpun menemui dunia gunung berapi di bawah laut yang tidak diketahui sebelum ini, lembah yang dalam dan rabung, menurut peta terperinci yang dikeluarkan oleh Australia.

Walaupun tidak ada kesan kapal terbang Malaysia Airlines yang ditemui ketika usaha mencari di selatan Lautan India, yang paling mahal setakat ini, sejumlah besar data yang menunjukkan gambar dasar lautan perlu dikumpul untuk membantu dalam siasatan.

Ahli sains berharap peta baru itu akan memberikan komuniti mereka wawasan yang lebih jelas tentang lautan.

“Dianggarkan hanya 10 hingga 15 peratus daripada lautan dunia telahpun ditinjau dengan jenis teknologi yang digunakan dalam usaha mencari MH370,” kata ketua geosains alam sekitar Geoscience Australia Stuart Minchin lewat semalam.

“Ia membuat kawasan terpencil di Lautan India ini di antara rantau lautan dalam yang dipeta dengan menyeluruh di planet.

“Maka data ini adalah unik disebabkan lokasi terpencil kawasan yang dicari, dan disebabkan skala kawasan yang ditinjau.”

Minchin berkata peta itu juga berguna untuk penyelidikan saintifik masa akan datang, seperti ilmu alam lautan dan pembentukan semula habitat.

Australia, Malaysia dan China menggantung usaha memburu lautan dalam pada Januari, hampir tiga tahun selepas Boeing 777 hilang bersama 239 orang.

Usaha memburu itu, berdasarkan analisis satelit tentang trajektori jet selepas ia mengubah haluan daripada jalan penerbangannya – merangkumi 120,000 kilometer persegi zon, satu kawasan yang lebih kecil daripada England. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -