WASHINGTON, 16 Julai – Mike Pence (gambar) adalah pengikut yang setia, tokoh bijak yang bangkit di atas ketegangan Washington.
Tetapi ketika skandal Rusia meresap jauh dalam Rumah Putih kendalian Donald Trump, naib presiden itu juga melalui ketegangan politik.
Bekas gabenor Indiana itu, 58, pada masa ini adalah lelaki yang paling hampir kepada jawatan presiden AS – sama ada sebagai pengganti segera Trump jika penggalnya berakhir lebih awal, atau sebagai pewarisnya dalam pilihan raya 2020 atau 2024, bergantung kepada berapa penggal perkhidmatan Trump.
Ketika masalah bosnya semakin mendalam setiap hari, terjebak dalam penyiasatan meluas terhadap hubungan kempennya dengan Rusia, pakar berkata naib presiden AS ke-48 itu masih lagi bertegas untuk bersama – sekurang-kurangnya buat masa sekarang.
“Pence berada dalam kedudukan yang sukar,” Joel Goldstein, seorang pakar mengenai naib presiden di Saint Louis University School of Law, memberitahu AFP.
“Naib presiden dijangka setia kepada presiden, tetapi Presiden Trump mengenakan bebanan berat ke atas orang bawahannya dengan menyatakan dan melakukan perkara-perkara yang kerap sukar untuk dipertahankan.”
Kedua-dua lelaki tersebut tidak berbeza: di mana Trump suka meletakkan kesamaran mengenai ideologi, Pence adalah seorang konservatif Kristian yang komited, tegas dan berdisiplin seperti bosnya yang bersemangat dan sukar diramal.
Ketika Trump memberikan kenyataan mengenai bil penjagaan kesihatan yang berisiko, ia adalah Pence yang berulang-alik di antara Rumah Putih dan Kongres dalam usaha di sebalik tabir untuk menyelamatkan penggubalan undang-undang yang dalam bahaya. – AFP