Pencemaran gas rumah hijau berkurangan

Oleh James Kon

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Pelaksanaan sekatan untuk mengekang penularan jangkitan koronavirus COVID-19 bermula Mac tahun ini di Negara Brunei Darussalam menunjukkan pengurangan sementara dalam pencemaran gas rumah hijau di negara ini, menurut satu kajian.

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku pengerusi bersama Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Brunei Darussalam pada pelancaran Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri kelmarin, menekankan semenjak sekatan dilaksanakan dalam Mac tahun ini, aktiviti harian berkurangan, membawakan perubahan pola pelepasan gas rumah hijau di negara ini.

Beliau mendedahkan sebanyak 36 peratus pengurangan dalam pelepasan gas rumah hijau dalam sektor industri pada suku pertama tahun ini, berbanding tahun lalu dan pada masa yang sama, peningkatan 7 peratus dalam sektor kediaman.

Menurut lagi, bagi sektor pengangkutan darat, pelepasan gas hijau berkurangan 11 peratus dan 8 peratus masing-masingnya pada bulan Mac dan April dicatatkan, manakala pencemaran daripada sektor aviasi menurun kepada tahap tertinggi 75 peratus dalam April 2020.

Pengurangan sementara mungkin dalam jangka masa singkat sahaja, namun ia menunjukkan kemungkinan bahawa kita mampu menjalankan kehidupan harian dalam cara rendah karbon.

“Maka sekarang kita, ketika kita mempertingkatkan aktiviti dalam minggu-minggu akan datang, kerana ia merupakan satu peluang untuk menilai semula operasi kita,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Negara Brunei Darussalam boleh mendapatkan versi elektronik di www.climatechange.gov.bn.

Setiausaha tetap (Tenaga) di Kementerian Tenaga menyerahkan salinan laporan dasar perubahan iklim kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan pada majlis pelancarannya kelmarin. Turut hadir ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong.