ANTOFAGASTA, Chile – Debu hitam memberi kesan kotor di dinding-dinding bangunan di mana Jaqueline Jimenez dan anak-anaknya pernah tinggal di utara Chile itu.
Di sebuah bandar perindustrian seperti Antofagasta, mungkin bukan sesuatu suasana yang pelik di sana. Akan tetapi Jimenez berkata bahawa beliau takut debu yang dibawa itu membawa racun yang membawa penyakit, dan anak-anak beliau terpaksa menanggung beban dalam diri mereka.
Debu itu telah ditiupi angin dari pelabuhan berdekatan, di mana tembaga hasil daripada lombong perkilangan negara itu yang begitu banyak dimuatkan dan dihantar ke seluruh dunia. Sudah lama dikenali sebagai sebuah hab pengeluaran terbesar di dunia dalam perlombongan logam merah. Antofagasta telah memperolehi satu titik hitam iaitu sebagai bandar kanser Chile.
Pihak berkuasa telah menyeru untuk bertenang, dan menegaskan bahawa debu logam itu tidak dapat dihirup dan tidak menjadi racun jikan tertelan. Tetapi Jimenez masih belum yakin.
“Ianya tidak normal jika setiap orang perlu mati akibat kanser di sini,” katanya. “Ini adalah seperti hukuman mati bagi kami sekeluarga.”


Cuba palitkan tangan anda di sepanjang tingkap rumah lama Jimenez dan kesan habuk hitam yang sukar dibasuh akan muncul. Menurut satu kajian dari Institut Kesihatan Awam, mereka telah mengenal pasti 16 jenis logam berlainan dalam debu tersebut.
Kolej Perubatan Antofagasta berkata bahawa ia telah mendapati ‘arsenik, kadmium, zink, krom, tembaga, plumbum dan mangan yang mana jauh daripada norma-norma warga Chile. “Jimenez telah tinggal di sebuah bangunan apartmen berseberangan terminal pelabuhan di pusat bandar selama lima tahun.
Anak-anaknya akan bermain di teres atas bumbung, tanpa terdedah dengan debu. Beliau berkata ujian perubatan yang dijalankan oleh pakar luar negara telah mengesahkan bahawa kanak-kanak, kini berusia 10 dan 20 tahun, mempunyai kesan daripada logam karsinogenik.
Perlombongan telah membantu meningkatkan pendapatan tahunan penduduk di Antofagasta kepada hampir dua kali ganda dalam purata kebangsaan: kira-kira AS$36,000. Tetapi ia juga dipersalahkan bagi kematian kanser paru-paru tertinggi: lebih daripada dua kali ganda dari purata di bawah 35 bagi setiap 100,000 penduduk. Kematian akibat pundi kencing dan kanser kulit juga adalah tinggi.
“Para saintis menganggap bahawa kawasan Antofagasta sedang menjalani percubaan biologi apabila penduduknya terdedah kepada tahap pencemaran itu,” kata presiden Kolej Perubatan Antofagasta, Aliro Bolados kepada AFP.
Bencana pencemaran di Antofagasta pada puluhan tahun yang lalu sepertinya kini kembali semula. Pada tahun 1998, para doktor telah mengesan paras pencemaran yang sangat tinggi dan merbahaya pada kanak-kanak yang tinggal berhampiran kereta api di bandar itu.
Selanjutnya, kadar arsenik yang tinggi yang terdapat di dalam air minuman tempatan antara 1958 dan 1971 telah dipersalahkan dan punca kepada peningkatan penyakit.
Orang yang dilahirkan pada masa itu, yang kini mungkin berumur empat puluhan atau lima puluhan, berisiko tinggi untuk mendapatkan kanser, kata Catterina Ferreccio, timbalan ketua bagi Pusat Kajian Lanjutan Penyakit Kronik, Epidemiologi dan Kanser.


“Terdapat keseluruhan generasi ini memiliki semua perkara ini,” katanya kepada AFP.
“Walaupun mempunyai pendapatan per kapita tertinggi, mereka mempunyai jangka masa hidup yang terendah di Chile.”
Ancaman arsenik telah berjaya dikawal. Kini perhatian tertumpu pada debu hitam yang datang dari pelabuhan. Pengendali pelabuhan, konglomerat utama masyarakat Chile, Luksic, telah menandatangani satu komitmen untuk ‘membersihkan pengeluaran’. Walaupun begitu, sebuah mahkamah telah mendenda syarikat di sana dengan nilai AS$1.3 juta pada bulan Oktober lalu atas kesalahan pencemaran. Mereka diperintahkan untuk membersihkan kawasan tersebut. Kini pelabuhan itu terus beroperasi.
“Mereka mendahulukan Antofagasta dari memberhentikan Chile untuk mengaut keuntungan,” kata Ricardo Diaz dari “This Dust Kills You,” sebuah kumpulan yang berkempen agar pelabuhan itu dipindahkan.
Pihak berkuasa menyeru untuk bertenang, dan menegaskan bahawa penduduk yang tinggal berdekatan juga telah terdedah dengan pencemaran logam berat yang mana berada di bawah tahap keselamatan yang sah. Pada akhir tahun 2015, beratus-ratus kanak-kanak di sekitar sekolah dan taska telah diuji untuk menjalani ujian darah. Lebih daripada 99 peratus daripada mereka didapati berada dalam tahap selamat, menurut cadangan antarabangsa.
Tetapi Kolej Perubatan Antofagasta berkata ujian lanjut perlu diadakan. Jimenez menghantar sampel rambut anak-anaknya ke luar negara untuk dianalisis. Beliau berkata hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa mereka berada dalam tahap pencemaran logam dan beracun yang sangat tinggi.
Sesetengah pakar telah meragui kesahihan ujian rambut tersebut – tetapi mereka mengatakan bahawa pendedahan kanak-kanak terhadap debu sepatutnya dihadkan, oleh kerana ketidakpastian tentang kesannya terhadap jangka masa panjang.
“Harus ada ujian wajib secara tahunan bagi kanak-kanak yang berumur dari setahun hingga enam tahun,” kata datuk bandar itu, Karen Rojo, kepada AFP, “untuk memastikan tahap kerosakan dan penyakit yang dialami oleh penduduk.” – AFP