Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencemaran udara semakin buruk di Delhi

    NEW DELHI, 3 NOV – Tahap pencemaran udara di kawasan ibu kota India, Delhi hari ini semakin teruk, kata para pegawai.

    Menurut Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat (CPCB), indeks kualiti udara (AQI) keseluruhan kekal dalam kategori teruk pada 442, lapor Xinhua.

    Kualiti udara teruk dengan bahan pencemar yang ketara adalah jirim zarahan dengan saiz (PM) 2.5 dan PM 10, kata CPCB. Maklumat itu diterima dari stesen pemantauan yang dibuka di seluruh Delhi. Pakar mengatakan PM 2.5 adalah zarah halus berdiameter 2.5 mikron atau kurang dan boleh memasuki saluran pernafasan sehingga ke paru-paru dan aliran darah.

    Pegawai kesihatan telah menasihat-kan orang ramai, terutama mereka yang menghidap penyakit pernafasan di Delhi untuk meminimumkan pendedahan di luar sehingga kualiti udara bertambah baik. Doktor berkata kualiti udara yang teruk turut memberi kesan kepada orang sihat dan impak yang lebih serius kepada mereka yang menghidap sakit paru-paru.

    Menurut CPCB, bacaan AQI antara 0-50 dianggap ‘baik’, antara 51-100 ‘memuaskan’, antara 101-200 ‘sederhana’, antara 201-300 ‘rendah’, antara 301-400 ‘sangat rendah’, dan antara 401- 500 ‘teruk’ dan melebihi 500 sangat teruk dan cemas. – Bernama

    Orang awam bersiar-siar di jalan dekat Pagar India yang udaranya diselubungi pencemaran di New Delhi pada 3 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda