Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penceroboh dipenjara 6 bulan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman enam bulan penjara terhadap seorang lelaki yang mengaku bersalah atas tuduhan mencuri kunci rumah, alat kawalan pagar dan wang $410.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memutuskan hukuman itu ke atas Sani bin Sabli, 34, yang perbuatannya memasuki kawasan rumah tular di media sosial.

    Fakta kes menyebut, tertuduh pada 21 Julai 2018 berjalan di sepanjang Jalan Kiarong, Kampung Kiulap apabila memutuskan untuk berhenti di depan sebuah rumah.

    Ketika itu, garaj sedang dibina di kawasan rumah, di mana pekerja Indonesia meletakkan keretanya tanpa dikunci di kawasan itu.

    Dia kemudian memasuki kawasan itu dan mengambil kunci rumah dan alat kawalan pagar yang ditemuinya dekat pasu bunga.

    Dia kemudian pergi ke sekitar dan belakang rumah tersebut.

    Sebelum keluar dari kawasan rumah, tertuduh mendekati kereta pekerja yang diletakkan di hadapan rumah.

    Dia terlihat dompet di dalamnya dan membuka pintu penumpang depan dan mengambil dompet itu.

    Pada sebelah tengah hari pada hari sama, pembantu rumah yang menyedari kunci rumah dan alat kawalan jauh tidak berada di tempatnya, terus memaklumkan kepada pemilik rumah yang terus memeriksa rakaman CCTV.

    Tertuduh diberkas dan mengakui membuang kunci rumah dan alat kawalan pagar itu ke dalam sungai dan menjual dompet itu pada harga $2 manakala wang yang dicuri digunakan untuk perbelanjaannya.

    Tertuduh sebelum ini mempunyai rekod kesalahan melibatkan curi pada tahun 2000, 2001, 2008 dan 2009.

    Kes tertuduh didakwa Timbalan Pendakwa Raya, Nur Eleana binti Dato Paduka Haji Hairol Arni.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda