Penceroboh Supa Save dihadap ke mahkamah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Seorang lelaki yang didakwa menceroboh, melakukan kerosakan dan memiliki dua pisau dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mek Keng Horng, 21, didakwa menceroboh Pasar Raya Supa Save Panaga dan memecahkan pintu dan tingkap kaca pasar raya itu dengan melontar pisau.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 12 Julai 2017 sekitar jam 1:50 pagi.

Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Hajah Nor ‘Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin membuat permohonan untuk tertuduh menjalani ujian mental.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman menetapkan 20 Julai untuk kes disebut semula.