Pencinta seni kembali ke muzium, hayati karya dengan tenang

FLORENCE, ITALI – Galeri Uffizi, muzium yang paling sering dikunjungi di Itali, dibuka semula setelah tiga bulan penutupannya akibat COVID-19, berita yang menggembirakan pencinta seni yang tidak perlu bersusah payah dengan keramaian pelancong apabila peraturan penjarakan sosial yang baharu dikeluarkan.

Pengarah Galeri Uffizi, Eike Schmidt memberitahu bahawa kerajaan mengarahkan penutupan muzium sebagai tindakan pencegahan penularan wabak COVID-19 di mana telah menyebabkan 1 juta lebih penurunan pengunjung dan kerugian sebanyak 12 juta euro (AS$13.2 juta) pendapatan untuk tempoh tersebut.

Kini yang hanya dibenarkan masuk ke dalam galeri itu dihadkan sebanyak 450 orang sahaja dalam satu-satu masa, di mana galeri Uffizi dipenuhi dengan beberapa karya terbesar dunia seni.

Itu bermaksud pengunjung tidak perlu lagi berasak-asak masuk ke dalam galeri untuk menyaksikan karya seperti Botticelli ‘Birth of Venus.’

Orang yang pertama sekali dibenarkan masuk ke dalam Uffizi adalah Laura Ganino. Salah seorang pelajar di Florence ketika perintah berkurung diisytiharkan pada awal bulan Mac lalu berhasrat untuk meninggalkan kota Tuscan, selepas Itali melonggarkan sekatan perjalanan antara wilayah di negara itu baru-baru ini.

Pengunjung mengagumi lukisan dinding ‘The School of Athens’ karya seniman Renaissance Itali, Raphael di dalam Muzium Vatikan setelah dibuka semula, pada 1 Jun. – AP
Orang ramai di Piazza della Signoria yang bersejarah dapat dilihat berjalan dengan keadaan selesa, di Florence, Itali, ketika Muzium Uffizi dibuka semula untuk orang ramai. – AP
Seorang lelaki mengawal alat pengimbas suhu badan ketika pengunjung tiba pada hari pembukaan semula muzium Uffizi, di Florence, Itali. – AP

Schmidt mengatakan pelancong dari luar negara tidak dijangka datang ke Itali dalam jumlah besar sebelum 2021.

Oleh itu, Ganino memanfaatkan jumlah pelawat yang lebih sedikit.

Semasa orang ramai berasak-asak, katanya, menimbulkan kesukaran dan halangan antara saya dan apa yang saya mahu hayati.

Berada di belakangnya ialah Patrizia Spagnese, dari Prato, Tuscany. Dengan keramaian pengunjung yang berasak-asak, “Saya terganggu, saya cenderung mudah terasa letih,” katanya. Jadi ketika ini, dia dan suaminya ingin menikmati keindahan di dalam Uffizi, yang belum pernah dilihatnya secara keseluruhan walaupun sudah berkali-kali berada di Florence.

Schmidt mengatakan “penjarakan sosial menandakan era baharu dalam pengalaman seni. Tanpa dikelilingi oleh orang ramai, pencinta seni dapat merasakan emosi ini yang selalu disalurkan oleh karya seni ini,” katanya.

Pengunjung ke Muzium Vatikan yang juga sangat terkenal, yang kini juga dibuka semula dua hari lebih awal setelah penutupannya akibat COVID-19, juga dapat dikunjungi dengan selesa, tidak seperti sebelum ini. Ini termasuk menikmati siling lukisan dinding Michelangelo di Sistine Chapels tanpa banyak pelancong lain yang berlumba-lumba mencari tempat di mana mereka dapat meninggikan leher mereka untuk memerhatikan karya-karya agung itu.

Sebagai bonus tambahan, pengunjung Muzium Vatikan kini dapat melihat karya Raphael yang telah lama dikaitkan dengan bengkel seninya tetapi selepas beberapa tahun pembersihan dan pemulihan yang halus, para pakar memutuskan untuk benar-benar mengatakan ia dilukis olehnya sendiri sejurus sebelum kematiannya pada tahun 1520.

Dua tokoh seni wanita, masing-masing berfungsi sebagai perwakilan kiasan dan keakraban menghiasi salah satu dinding Hall of Constantine.

Vatican telah merancang untuk mengungkap ‘penemuan semula karya Raphael pada konvensyen pakar seni antarabangsa pada bulan April lalu. Tetapi wabak koronavirus memaksa rancangan itu dibatalkan.

Sebaliknya, pencinta seni yang mengunjungi bilik-bilik Vatikan yang dihiasi oleh Raphael, salah satu lawatan muzium sebelum mereka sampai di Sistine Chapels, kini dapat mengagumi tokoh-tokoh wanita seni itu.

Raphael melukis gambar dengan cat minyak, sesuatu diluar kebiasaan untuk lukisan mural ketika itu. – AP