Pencipta kod bar meninggal dunia

MIAMI, 10 DIS – Jurutera komputer, George J Laurer yang juga pencipta bersama kod bar dan membantu merevolusi dunia peruncitan dunia pada 1970an, meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Bekas pekerja syarikat komputer IBM itu meninggal dunia pada minggu lalu dan dikebumikan semalam di kampung halamannya di Wendell, North Carolina.

Laurer adalah pencipta bersama Kod Produk Universal (UPC) atau dikenali sebagai kod bar yang boleh mengenalpasti jutaan produk, perkhidmatan dan barangan lain.

Bar berwarna hitam dengan pelbagai ketebalan itu dan 12 digit nombor boleh diimbas dan dengan pantas bagi pengenalan produk serta harga dipaparkan.

Laurer dan seorang lagi pekerja IBM, Norman Woodland mencipta kod bar itu pada tahun 1973.

Woodland yang meninggal dunia pada 2012 mendapat idea mencipta kod bar itu berdasarkan kod Morse.

Dia mempatenkan konsep itu pada 1952 tetapi tidak dapat dimajukan kerana teknologi laser dan komputer masih mundur. Dua puluh tahun kemudian, Luarer mencipta pengimbas yang boleh membaca kod bar secara digital. – AFP