Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pencuci kapal didakwa bunuh isteri, anak damit

    JOHOR BAHRU, 18 JULAI – Seorang pencuci kapal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan membunuh isteri dan anak damitnya di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu di sini awal bulan ini.

    Mohamad Amir Nazri Mohd Adam, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa membunuh Hajar Nursyahirin Rosman, 26, seorang suri rumah pada 11:30 pagi, manakala pertuduhan kedua tertuduh didakwa membunuh anak lelakinya Hans Mohamad Thaqeef berusia dua bulan, pukul 11:40 pagi.

    Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di No 44, Jalan Dewasa, Kampung Bakar Batu pada 4 Julai lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

    Mahkamah menetapkan 18 Ogos untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan kimia. Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dihantar ke Hospital Permai di sini bagi menjalani pemeriksaan mental. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...