Sunday, January 26, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencuri basikal didenda $1,500

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Seorang lelaki yang mencuri sebuah basikal dihukum denda $1,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman turut memerintahkan Adie Sopiyan bin Haji Madren, 31, untuk menjalani hukuman sebulan penjara jika gagal membayar denda itu.

    Tertuduh didakwa mencuri basikal itu dari blok perumahan Tuker Lines, Seria pada 23 Jun 2018 kira-kira jam 3:12 pagi.

    Fakta kes menyebut, tertuduh ditahan dua pengawal keselamatan yang curiga melihat tertuduh tiba-tiba mempunyai basikal kerana pada awalnya, mereka ternampak tertuduh hanya berjalan kaki.

    Tertuduh bagaimanapun, dilepaskan sebaik memberitahu pengawal keselamatan, yang basikal itu dibawa oleh rakannya kepadanya.

    Pengawal keselamatan yang masih curiga dengan tertuduh, memutuskan untuk mengejarnya dan menahannya semula sebelum menghubungi polis.

    Tertuduh mengakui mencuri basikal itu di bawah tangga blok tersebut untuk tujuan pulang ke rumah.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Hajah ‘Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda