Thursday, October 10, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencuri kena 24 bulan penjara

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Sept – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman 24 bulan penjara terhadap seorang lelaki yang mengaku bersalah atas pertuduhan secara tidak jujur menyimpan barang curi dan melakukan curi sebuah kereta dan motosikal.

    Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim turut memutuskan hukuman denda $1,000 terhadap Mohd Noorhafiez bin Mohammad, 27, yang turut berdepan dakwaan mempamerkan plat pendaftaran palsu.

    Tertuduh diberi tempoh sehingga 29 September ini untuk membayar denda atau berdepan hukuman tambahan satu minggu penjara.

    Menurut fakta kes, tertuduh menerima kereta Mitsubishi Mirage itu dari rakannya yang masih bebas, di kawasan perhentian bas Lambak Kanan antara 24 Ogos dan 2 September 2018, dan sebagai balasan, tertuduh memberi rakannya satu alat penghawa dingin dan satu papan dart.

    Tertuduh mengaku mengetahui bahawa kereta itu adalah kereta curi.

    Tertuduh kemudian menukar plat pendaftaran kereta itu dengan plat pendaftaran lain yang diperolehinya di Kampung Kupang.

    Tertuduh dan rakannya antara 7 Ogos dan 2 September 2018 pergi ke kawasan komersil Kiulap dan mencuri sebuah kereta Suzuki Swift.

    Tertuduh menjual kereta itu kepada bapa saudaranya pada harga $70, dan menggunakan wang itu untuk perbelanjaannya.

    Tertuduh dan rakannya antara 23 Julai dan 2 September 2018 mencuri satu motosikal jenama Honda dari kawasan Jalan Gadong dan membawanya ke rumah rakan mereka di Kampung Rimba.

    Mereka berjaya mendapatkan pembeli yang sanggup membayar $500 untuk motosikal itu namun pembeli itu hanya membayar $200 kepada tertuduh dan bakinya lagi akan dibayar selepas menerima blue card dan kunci motosikal.

    Tertuduh menggunakan wang itu untuk perbelanjaannya.

    Laporan polis dibuat pemilik kereta dan motosikal sebaik menyedari kenderaan mereka hilang.

    Kes didakwa Timbalan Pendakwa Raya, Hajah ‘Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda