Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Pencuri khemah bakal terima nasib

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Seorang lelaki yang mengaku bersalah mencuri satu khemah akan mengetahui nasibnya pada 26 Julai.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan sebutan hukuman itu ke atas Muhammad Sahrul bin Tudin berusia 37 tahun yang didakwa mencuri satu khemah kecil dari Kem Bangar, Temburong pada 17 Julai 2017 antara jam 6:30 pagi dan 12 tengah hari.

    Tertuduh yang bekerja sebagai pemotong rumput ketika itu ditugaskan bersama rakannya untuk memotong rumput di kawasan Kem Bangar.

    Sebelum meninggalkan kawasan itu, tertuduh terlihat satu khemah kecil dan mengambilnya. Kehilangan khemah itu disedari oleh tentera yang bertugas, yang kemudian pergi ke rumah tertuduh.

    Tertuduh mengaku mengambil khemah itu dan membawa anggota tentera berkenaan ke hutan di Kampung Sibulu di mana khemah itu dipasang. Khemah itu dianggarkan bernilai $5,000. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...