Pencuri lukisan Van Gogh ditahan

THE HAGUE, 6 APRIL – Polis Belanda berjaya menahan seorang lelaki berusia 58 tahun hari ini kerana disyaki mencuri dua buah lukisan karya Vincent van Gogh dan Frans Hals dari muzium di Belanda tahun lalu.

Lelaki yang ditahan di rumahnya di pusat bandar Baarn atas dakwaan mencuri lukisan Van Gogh bertajuk Parsonage Garden at Nuenen di Spring dan Two Laughing Boys karya Hals, menurut kenyataan dikeluarkan pihak polis. Tetapi polis tidak menemukan kedua-dua lukisan – karya Van Gogh dianggarkan bernilai enam juta euro.

“Selama berbulan-bulan, penyiasatan intensif mengenai rompakan kedua-dua lukisan yang dijalankan diketuai perkhidmatan pendakwa raya awam,” menurut kenyataan dikeluarkan polis Belanda.

“Ini membawa kepada penahanan seorang suspek berusia 58 tahun dari Baarn. Dia ditahan sewaktu berada di rumahnya pagi tadi. Lelaki itu disyaki mencuri lukisan terbabit.

Lukisan Van Gogh dicuri dari Muzium Singer Laren berhampiran Amsterdam pada 30 Mac semasa ia ditutup kerana langkah-langkah sekatan koronavirus.

Kecurian berlaku ketika sambutan ulang tahun ke-167 lukisan abad ke-19 itu. – AFP

Gambar fail lukisan Parsonage Garden at Nuenen yang dipamerkan di muzium Singer Laren. Suspek disyaki mencuri dua buah lukisan karya Vincent van Gogh dan Frans Hals berjaya ditahan polis Belanda. – AP