Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Pencuri masjid terima padah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Seorang lelaki tempatan terpaksa akur dengan hukuman penjara tiga tahun enam bulan yang dijatuhkan ke atasnya kerana terlibat dengan kes kecurian bersiri di beberapa buah masjid.

    Mahkamah Perantaraan hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara tersebut kepada Zaid bin Haji Edin, 51, yang pada mulanya meminta untuk dibicarakan terhadap pertuduhan itu, ketika pertama kali dihadapkan dengan defendan bersama, namun kemudiannya telah menukar pengakuannya.

    Hakim Pengiran Masni turut memberi penekanan kepada fakta bahawa defendan mempunyai sabitan berkaitan pencurian dan kesalahan kali ini dilakukan secara berasingan.

    Pendakwa raya Sabrina Haji Mahmud mendedahkan di mahkamah bahawa pada tengah hari 28 Februari, defendan dan rakan subahatnya berada di sekitar Kampung Lamunin sehinggalah jam menunjukkan kira-kira pukul 2 petang, di mana mereka singgah di Masjid Kampung Menengah lalu masuk ke masjid tersebut yang pintunya tidak berkunci dan sekitarnya yang sunyi sepi. Semasa berada dalam masjid itu, mereka mencuri sebuah alat pembesar suara.

    Sebelum itu, antara 9 dan 10 Februari, defendan dengan rakan subahatnya telah pergi ke Masjid Kampung Danau dengan alasan untuk mengambil air wakaf di masjid tersebut.

    Walau bagaimanapun kedua-duanya turut mengambil beberapa barangan berharga dan membawa lari mikrofon berserta kabelnya.

    Nasib kedua-dua mereka ternyata tidak begitu baik apabila perbuatan licik mereka telah berjaya dirakam oleh kamera CCTV yang terdapat di masjid tersebut.

    Sebelum kejadian-kejadian curi itu, mereka turut melakukan hal yang sama di Masjid Bukit Udal pada petang 29 Mei 2021 dan mencuri sebuah amplifier.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...