Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Pencuri tegar kena penjara, sebat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Mahkamah Perantaraan hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun 10 bulan serta tiga kali sebatan terhadap seorang lelaki tempatan selepas perbicaraan atas kesalahan pecah masuk dan lain-lain kesalahan berkaitan kecurian.

    Saufi bin Seruji mula-mula didakwa bersama rakan sejenayah wanita, pada 2020 di mana dia menafikan dua pertuduhan pecah rumah bagi tujuan mencuri, tuduhan curi kereta, khianat dan menukar nombor plat kenderaan curi.

    Rakan subahatnya yang hanya berdepan tuduhan mencuri mengaku bersalah dan menerima hukumannya.

    Kes Pendakwa Raya Aeny Zullizam terhadap defendan menyatakan defendan menceroboh sebuah restoran di bangunan di Batu Satu pada waktu petang 18 April 2020 dan mencuri beberapa peralatan elektronik, minuman dan wang tunai bersama mesin daftar tunai.

    Dia kemudian pergi ke restoran lain berdekatan di The Crowne Princess Complex, memecah masuk dan menggeledahnya.

    Di sana, dia telah melarikan satu karton sos cili, dua botol minyak masak, lima ekor ayam mentah dari singki dapur, termometer dan dua telefon bimbit dari bilik simpanan.

    Sebelum lari, dia membuka mesin daftar tunai dan mencuri satu set kunci kereta.

    Setelah keluar membawa barang curi, dia menekan alat kawalan jauh kunci kereta dan berjaya mengesan kereta berkenaan, lalu memandunya.

    Kemudian di Kampung Bengkurong defendan terserempak dengan sebuah kereta yang ditinggalkan, mengambil nombor platnya dan menukarnya dengan kereta yang dicuri.

    Defendan juga menyebabkan kerosakan dengan mengecat sebahagian kereta tersebut.

    Pihak pendakwaan mengemukakan beberapa saksi termasuk rakan sejenayah defendan.

    Hakim Harnita Zelda Skinner, semasa meneliti keterangan, tidak mempercayai sebarang keterangan defendan yang bercanggahan dengan rakan sejenayahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...