Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Pendaftaran bagi Blockchain Masterclass dibuka

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Dynamik Technologies secara rasminya telah memperkenalkan Blockchain Masterclass semasa acara pelancaran Rangka Kerja Kecekapan Industri ICT Brunei (BIICF) yang diadakan di Hotel Antarabangsa Rizqun pada
    bulan lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Dynamik Technologies, Blockchain Masterclass, yang pertama seumpamanya di Brunei, sejajar dengan BIICF dan dihasratkan
    untuk menyediakan program dan pensijilan mampu milik untuk membina bakat tempatan.

    Ia akan disampaikan sebagai kursus dalam talian yang fleksibel yang diperakui dengan rakan-rakan industri dan akademik global, akan merangkumi topik-topik daripada pembangunan aplikasi tidak berpusat kepada menulis kontrak pintar dan amalan-amalan terbaik pembangunan blockchain.

    Struktur kursus akan merangkumi pembelajaran dan tugasan dalam talian, sesi bimbingan dengan pakar subjek dan kursus persediaan untuk menjadi pembangun blockchain bertauliah.

    Pendaftaran untuk pengambilan pertama telah dibuka dan tarikh akhir pendaftaran ialah pada akhir November dengan kelas bermula pada awal Januari 2023. Akan ada dua pengambilan setahun iaitu pada Januari dan Julai.

    Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar boleh melayari laman sesawang Dynamik Technologies.

    Dynamik kini membukakan pendaftaran bagi pengambilan pertama Blockchain Masterclass. – Gambar serahan Dynamik Technologies
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Angka kematian denggi melebihi 1,000 di Bangladesh

    DHAKA, 2 OKT - Lebih 1,000 orang di Bangladesh telah meninggal dunia akibat demam denggi sejak awal tahun ini, menurut angka rasmi, yang menunjukkan...