Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran bagi khidmat berkhatan kini dibuka

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Ogos – Perkhidmatan Berkhatan Musim Cuti Persekolahan Penggal Kedua 2017 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan diadakan dari 1 hingga 8 September depan, di Bekas Klinik Pediatrik, Blok OPD (berdekatan dengan Farmasi Pesakit Luar), Hospital RIPAS.

    Sehubungan itu, Hospital RIPAS dalam kenyataannya memaklumkan bahawa pendaftaran bagi perkhidmatan berkenaan akan dibuka mulai esok hingga 31 Ogos. Pendaftaran boleh dibuat di Bekas Klinik Pediatrik berkenaan dari jam 8:15 pagi hingga 11:15 petang dan 2 petang hingga 3:30 petang (pada hari bekerja sahaja).

    Sebagai peringatan, ibu bapa diminta supaya membawa anak-anak yang akan berkhatan, salinan surat beranak dan kad Bru-HIMs semasa membuat pendaftaran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda