Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Pendaftaran BDF 2022 kini dibukakan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Pendaftaran syarikat-syarikat pengurus acara bagi menyertai Pesta Disember Brunei 2022 (BDF 2022) ke-6 yang akan diadakan bermula 1 hingga 31 Disember depan, kini dibukakan.

    Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), hari ini, mengadakan sesi taklimat secara maya bagi mengongsi maklumat berkenaan acara BDF 2022 yang dihadiri oleh syarikat-syarikat pengurus acara yang pernah menyertai acara berkenaan sebelum ini.

    BDF merupakan usaha berterusan pihak Lembaga Pelan-congan Brunei melalui KSSUP bagi menggalakkan rakyat dan orang ramai bercuti dalam negara dan mempromosikan Negara Brunei Darussalam sebagai salah satu destinasi pelancongan.

    Pesta berkenaan juga merupakan platform bagi mencungkil bakat para belia tempatan dalam menonjolkan kreativiti melalui pelbagai penganjuran acara dan aktiviti yang bermanfaat.

    Borang pendaftaran boleh dimuat turun di laman sesawang www.bruneitourism.com/bdf2022 atau diperoleh di Pejabat Jabatan Kemajuan Pelancongan, Tingkat 3, Bangunan KSSUP de-ngan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 31 Ogos.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...