Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran dapatkan keputusan Peperiksaan SPUB melalui SMS dibuka

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Pendaftaran bagi mendapatkan keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) tahun 1445H/2024M melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) akan mula dibukakan bermula 10 Disember, pukul 2 petang.

    Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) dengan kerjasama Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd, imagine Sdn Bhd, dan Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel).

    Calon-calon peperiksaan, ibu bapa atau penjaga yang ingin melanggan perkhidmatan berkenaan dikehendaki mendaftar terlebih dahulu melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit.

    Pendaftaran boleh dibuat dengan menaip KHEU (jarak) REG (jarak) NOMBOR PUSAT PEPERIKSAAN (jarak) NOMBOR INDEKS CALON (jarak) NOMBOR KAD PENGENALAN PINTAR dan hantar ke 8885555 bagi pelanggan DST, 38666 bagi pelanggan Progresif atau 39966 bagi pelanggan imagine.

    Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui SMS tanpa sebarang kos kepada pelanggan.

    Keputusan peperiksaan SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan. Pelanggan akan dikenakan caj bayaran $1 bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima.

    Sehubungan dengan itu, dipohonkan kepada para pelanggan agar dapat memastikan telefon bimbit masing-masing mempunyai baki kredit yang mencukupi.

    Melalui perkhidmatan ini nanti, diharap akan dapat memudahkan para calon, ibu bapa atau penjaga mengetahui keputusan peperiksaan secara individu dengan lebih cepat dan tepat.

    Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kaedah pendaftaran serta terma dan syarat bagi perkhidmatan ini, bolehlah menghubungi MachTel melalui nombor talian 8671355 atau e-mel kheuresults@machbrunei.com.

    Gambar Pexel
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda