Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pendaftaran derma organ melalui MySejahtera mulai 6 September

    KUALA LUMPUR, 4 SEPT – Pendaftaran sebagai pengikrar derma organ boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera mulai 6 September ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

    Beliau berkata ia susulan kadar pendermaan organ yang sangat rendah apabila Malaysia tergolong antara 10 negara yang mempunyai kadar transplantasi terendah di dunia bagi 2021 iaitu 2.84 pembedahan transplantasi bagi setiap 1 juta populasi menurut Global Observatory on Donation and Transplantation.

    “Apabila mereka buat ikrar melalui MySejahtera maklumat itu terus sampai ke Pusat Sumber Transplan Nasional. Sekiranya berlaku kes kematian mana-mana hospital dan layak derma organ, ia akan keluar dalam sistem,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 hari ini.

    Khairy berkata bilangan pesakit yang masih menunggu untuk mendapatkan derma organ di Malaysia setakat hari ini adalah seramai 10,442 orang.

    Khairy Jamaluddin semasa berucap pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 di Pangsapuri Seri Alam. – Bernama

    Namun, katanya hanya 2,700 kes transplantasi melibatkan pendermaan organ dijalankan sejak 1975.

    “Berdasarkan statistik terkini pendermaan organ dari Pusat Sumber Transplan Nasional pada Julai 2022 menunjukkan terdapat sebanyak 779 penderma organ sebenar selepas kematian sejak 1997 manakala jumlah pengikrar penderma organ selepas kematian adalah seramai 517,758 orang sejak 1997,” katanya.

    Mengulas mengenai pemakaian pelitup muka, Khairy berkata beliau akan membuat pengumuman berkenaan ketetapan baharu pelitup muka selewat-lewatnya Rabu ini.

    Beliau berkata Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikannya sudah menerima syor daripada pakar mengenai pemakaian pelitup muka dan KKM masih dalam proses mengumpul pandangan orang ramai mengenai perkara itu.

    Sementara itu, beliau berkata tiga pendekatan perlu dilihat oleh KKM sebelum negara diumumkan beralih ke fasa Endemik termasuk pengisytiharan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...