Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pendaftaran GCE O, AS, A dan IGCSE dibuka

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah membukakan pendaftaran Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O, AS, A dan IGCSE bagi Mei / Jun 2022 bermula hari ini hingga 14 Februari 2022.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan, borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran boleh diperolehi daripada pihak jabatan semasa waktu pejabat.

    Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran yang telah lengkap pada setiap Isnin hingga Khamis, mulai 8 pagi hingga 11 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang serta Sabtu, dari 8 pagi hingga 10 pagi.

    Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah lengkap berserta dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan tidak lewat pada 14 Februari.

    Untuk maklumat lanjut mengenai dengan pendaftaran, orang ramai bolehlah melayari laman web Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...