Thursday, August 18, 2022
23.4 C
Brunei

Pendaftaran haji kini dibukakan

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Urusan Haji telah membukakan pendaftaran haji bagi tahun 1443 Hijrah/2022 Masihi mulai hari ini hingga 5 Februari 2022.

Tempahan bagi pembelian borang pendaftaran haji telah dibukakan bermula 2 Disember lalu dan akan ditutup pada 30 Januari 2022. Pembelian borang boleh dibuat di pusat-pusat pendaftaran yang disediakan dengan mengikut jadual yang diberikan iaitu melalui tempahan WhatsApp.

Hari ini, kira-kira 39 slot tempahan telah disediakan bagi pembelian borang pendaftaran haji di lobi Lantai Bawah Bangunan Tambahan KHEU. Pemangku Pengarah Urusan Haji, Jabatan Urusan Haji, KHEU, Hajah Zunainah binti Haji Gunong semasa dihubungi berkata, proses pengambilan borang pendaftaran haji yang telah ditempah bermula kaunter dibuka pada pukul 8:45 pagi hingga 12 tengah hari berjalan dengan lancar dan teratur.

Menurutnya, orang ramai yang hadir juga mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi slot-slot pengambilan tempahan.

Pengambilan borang pendaftaran haji telah dibukakan sehingga 5 Februari 2022. – Gambar serahan KHEU
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -