Oleh Daniel Lim
BELAIT, 27 MEI – Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) membukakan pendaftaran bagi kejohanan bola keranjang baru-baru ini setelah direhatkan akibat penularan pandemik COVID-19.
Pendaftaran bagi Piala Terbuka Cabaran Aewon 2021 anjuran persatuan adalah bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan akan diadakan pada 18 Julai di gelanggang persatuan di Seria.
Pendaftaran untuk menyertai kejohanan dibukakan bermula hari ini sehingga awal Julai. Bagi pasukan-pasukan yang berminat untuk menyertai kejohanan tersebut bolehlah menghubungi pihak penganjur bagi mengetahui maklumat mengenai kejohanan akan datang.
Persatuan tersebut berharap dapat menarik lebih ramai pemain-pemain muda di daerah tersebut untuk mengambil bahagian dan menyaksikan perlawanan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menunjukkan sokongan selain meningkatkan kualiti para pemain bola keranjang dan mengamalkan gaya hidup sihat serta melahirkan sikap kesukanan antara pemain.