Thursday, August 18, 2022
23.2 C
Brunei

Pendaftaran kelas Al-Quran dan Muqaddam 2022 dibukakan

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Tertakluk kepada situasi penularan wabak COVID-19 yang melanda Negara Brunei Darussalam, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan bahawa pendaftaran untuk memasuki kelas Al-Quran dan Muqaddam (setiap Jumaat) di masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara bagi 2022 dibuka bermula hari ini hingga 30 Disember depan.

Borang pendaftaran boleh diperolehi di Unit Kelas Al-Quran dan Muqaddam, Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara serta laman sesawang KHEU.

Menurut kenyataan KHEU, borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan tidak lewat 31 Disember kepada guru penghubung di masjid, surau dan balai ibadat di mana anak-anak berkenaan akan mengikuti kelas tersebut.

Syarat penerimaan bagi kanak-kanak yang akan memasuki kelas tersebut hendaklah berumur enam tahun pada 1 Januari 2022M.

Sebarang pertanyaan men-genai kelas tersebut, bolehlah berhubung terus dengan Unit Kelas Al-Quran dan Muqaddam, Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU atau melalui talian 2233192 (waktu pejabat).

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -