Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Pendaftaran keputusan peperiksaan SSSRU melalui SMS dibuka

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat, Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd dan Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel) ingin memaklumkan bahawa pendaftaran bagi mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (Darjah VI) (SSSRU) tahun 1442H / 2021M melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) akan mula dibukakan.

    Calon-calon peperiksaan, ibu bapa atau penjaga yang ingin melanggan perkhidmatan ini dikehendaki mendaftar terlebih dahulu melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit mulai 2 Julai 2022, pukul 10 pagi.

    Para pelanggan hendaklah menaip teks KHEU (jarak) REG (jarak) NOMBOR PUSAT PEPERIKSAAN (jarak) NOMBOR INDEKS CALON dan dihantar ke 8885555 bagi pelanggan DST atau 38666 bagi pelanggan Progresif Sdn Bhd.  Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui SMS tanpa sebarang kos.

    Keputusan peperiksaan SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan keluar dan pelanggan akan dikenakan caj bayaran $1 bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima. 

    Sehubungan dengan itu, para pelanggan diminta agar memastikan telefon bimbit masing-masing mempunyai baki kredit yang mencukupi.

    Melalui perkhidmatan ini, diharapkan akan dapat memudahkan para calon, ibu bapa atau penjaga mengetahui keputusan peperiksaan SSSRU tahun 1442H / 2021M secara individu dengan lebih cepat dan tepat.

    Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kaedah pendaftaran serta terma dan syarat bagi perkhidmatan ini, bolehlah menghubungi MachTel melalui e-mel kheuresults@machbrunei.com.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...