Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pendaftaran kereta baharu Ogos lalu catat penurunan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Meskipun ketidaktentuan akibat wabak COVID, sebanyak 25,200 buah kenderaan baharu telah didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Darat bagi tempoh bulan Mac 2020 hingga Januari 2022.

    Daripada jumlah tersebut, purata pendaftaran adalah sebanyak 1,095 setiap bulan, berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Darat, Jabatan Perkhidmatan Pos, Bahagian Infokomunikasi, Bahagian Pengangkutan dan Unit IT, hari ini.

    Daripada perbandingan bagi kedua-dua gelombang, semasa gelombang pertama COVID-19 iaitu pada bulan Mac hingga Julai 2020, jumlah pendaftaran kenderaan baharu adalah sebanyak 4,088 buah.

    Jika dibandingkan dengan tempoh yang sama bagi tahun 2021 iaitu semasa pasca gelombang pertama COVID-19 sebanyak 7,214 buah kenderaan yang didaftarkan. Ini menunjukkan peningkatan pendaftaran sebanyak 76.5 peratus.

    Manakala semasa gelombang kedua COVID-19, pada bulan Ogos hingga November 2020, sebanyak 4,839 buah kenderaan baharu didaftarkan.

    Jumlah tersebut menurun sebanyak 57.3 peratus (2,068 buah kenderaan) pada bulan Ogos hingga November 2021.

    Ini adalah berkemungkinan kesan daripada operasi pejabat dan perniagaan yang terhad semasa gelombang kedua.

    Dari segi jenama kenderaan pilihan orang ramai, Toyota telah mencatatkan jumlah ter-tinggi iaitu sebanyak 5,028 buah kenderaan daripada 38 jenama lain yang terdapat di pasaran Brunei.

    Ini diikuti dengan Suzuki sebanyak 4,515 buah, KIA dalam jumlah 4,234 buah sementara Hyundai serta MG masing-masing mencatatkan sebanyak 2,976 dan 1,365 buah kenderaan.

    Mengikut laporan Digitimes pada 23 Februari 2022, walaupun ASEAN sebagai pembuat automotif ketujuh terbesar di seluruh dunia juga mengalami kadar pemilikan kenderaan yang rendah.

    Walau bagaimanapun, terdapatnya potensi dengan pertumbuhan penduduk dan pendapatan per kapita serta dengan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang berkuat kuasa mulai 2022 akan meningkatkan lagi status industri automotif ASEAN.

    Ramalan jualan automotif di rantau ASEAN dijangka akan kembali ke tahap sebelum COVID-19 antara tahun 2023 dan 2024.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...