Pendaftaran kursus pengadil bola sepak

Oleh Daniel Lim

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Persatuan Pengadil Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Daerah Belait (PBDB) membukakan penyertaan Kursus Pengadil Bola Sepak Kelas 3 bagi calon-calon pengadil dari Daerah Belait dan Tutong.

Kursus berkenaan akan diadakan setiap hari Jumaat dan Ahad bermula awal Februari 2020, bertempat di Kompleks Sukan Arena Seria, yang hanya dibukakan kepada 20 orang peserta.

Bagi yang berminat untuk menyertai kursus ini boleh menghubungi Ketua Jabatan Pengadil, Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam, Haji Hamidon bin Haji Mohammad Zin; PBDB, Pengiran Haji Mohammad Saiful Redzuan bin Pengiran Haji Ahamad dan Setiausaha Agung PBDB, Dayangku Jamilah binti Pengiran Haji Zainin.

Penyertaan akan dikenakan yuran pendaftaran dan untuk maklumat lanjut serta borang permohonan boleh diperoleh dengan menghubungi persatuan tersebut dan tarikh tutup menghantar borang pendaftaran tidak lewat daripada pertengahan Januari 2020.