Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran LCCI dibuka hari ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Pendaftaran Peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) bagi bulan Jun 2020 mula dibukakan esok, 14 Mac hingga 31 Mac ini.

    Menurut kenyataan dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, hari ini, borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan tidak lewat 31 Mac.
    Menurut kenyataan itu lagi, borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperolehi dari Jabatan Peperiksaan semasa waktu pejabat dibuka.

    Jabatan itu hanya akan menerima borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada sebelah pagi mulai jam 8 hingga 11 dan di sebelah petang mulai jam 1:30 hingga 3. Manakala, pada hari Sabtu mulai jam 8 pagi hingga 10 pagi semasa hari bekerja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda