Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pendaftaran masuk SMALHB dibuka

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Para pelajar yang ingin melanjutkan pembelajaran ke Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) boleh mendapatkan borang permohonan yang diedarkan pada hari ini dan esok.

    Borang berkenaan bolehlah didapati di Blok B, SMALHB (kawasan yang berhadapan dengan grand stand), iaitu di Bilik 1 (Galeri SMALHB) untuk pelajar lepasan Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Mahad Islam Brunei manakala itu, Bilik 2 (berdekatan dengan Galeri SMALHB) untuk pelajar lepasan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    Bayaran bagi mendapatkan borang tersebut ialah $2.50 dan borang-borang yang telah lengkap diisi boleh dikembalikan ke kaunter tempat mengambil borang pada hari-hari bekerja tidak lewat 30 April sebelum 12 tengahari.

    Para pelajar dikehendaki untuk berpakaian kemas ketika mengambil borang pendaftaran tersebut.

    Hanya seorang wakil sahaja dibenarkan untuk mengambil borang pendaftaran (sama ada pelajar, ibu bapa atau penjaga) dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...