Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Pendaftaran peperiksaan BCGCE, IGCSE dibukakan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI – Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah membukakan pendaftaran Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O, AS, A dan IGCSE bagi bulan Oktober/November 2022 bermula esok hingga 2 Julai 2022.

    Sehubungan itu, borang pendaftaran dan keterangan lanjut boleh diperoleh dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat atau melalui laman web Kementerian Pendidikan.

    Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran yang telah lengkap pada waktu bekerja setiap hari Isnin hingga Khamis pada sebelah pagi dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi. Manakala pada sebelah petang, bermula pukul 1:30 petang hingga 3 petang dan pada hari Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi sahaja.

    Untuk keterangan lanjut bolehlah dirujuk dalam Surat Pemberitahuan, Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Bilangan 4/2022 melalui laman web Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.

    Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah lengkap diisi berserta dengan dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan tidak lewat pada 2 Julai 2022.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -