Pendaftaran peperiksaan bermula hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 APRIL – Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan membukakan pendaftaran peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry bagi Jun 2021 bermula hari ini hingga 24 April.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Peperiksaan tidak lewat 24 April.

Borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperolehi di kaunter pendaftaran, Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat iaitu Isnin hingga Khamis dari 8 pagi hingga 11 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang, manakala Sabtu, mulai 8 pagi hingga 10 pagi.

Sementara pada bulan Ramadan pula bermula 8:15 pagi hingga 12 tengah hari bagi Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari jam 8:15 pagi hingga 10 pagi sahaja.