Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pendaftaran Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Mei/Jun 2023 dibuka

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Pendaftaran untuk Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O, AS, A dan IGCSE bagi Mei/Jun 2023, kini dibukakan bermula hari ini hingga 14 Februari.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, di sini, orang ramai boleh mendapatkan borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran berkenaan dari Kaunter Jabatan Peperiksaan di Pusat Perkhidmatan Setempat Kementerian Pendidikan, Blok C, Aras Bawah, Bangunan Kementerian Pendidikan Lama, Lapangan Terbang Lama, Berakas semasa waktu pejabat.

    Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran yang lengkap berserta dokumen yang dikehendaki, pada Isnin hingga Khamis dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang, manakala pada Sabtu, dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi.

    Borang yang lengkap berserta dokumen yang dikehendaki tersebut hendaklah dikembalikan melalui Kaunter Jabatan Peperiksaan, di Pusat Perkhidmatan Setempat Kementerian Pendidikan, tidak lewat 14 Februari.

    Keterangan lanjut, bo-lehlah dirujuk dalam Surat Pemberitahuan Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Bilangan 1/2023.

    Orang ramai juga boleh memuat turun borang, mata pelajaran yang ditawarkan dan surat pemberitahuan dari portal laman sesawang Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...