Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pendaftaran peperiksaan dibuka

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) de-ngan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat memaklumkan bahawa pendaftaran bagi mendapatkan keputusan Peperiksaan Pemilihan Calon ke Sekolah Arab (PCKSA) bagi tahun 1443 Hijrah/2022 Masihi mula dibukakan hari ini.

    Calon-calon peperiksaan, ibu bapa atau penjaga yang ingin melanggan perkhidmatan ini dikehendaki mendaftar terlebih dahulu melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit.

    Pendaftaran melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit adalah dengan menaip KHEU (jarak) REG (jarak) nombor pusat peperiksaan (jarak) nombor indeks calon dan hantar ke 8885555 bagi pelanggan DST atau 38666 bagi pelanggan Progresif.

    Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui SMS.

    Sementara itu, pelanggan akan dikenakan caj $1 bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima. Sehubungan dengan itu, dipohonkan kepada para pelanggan agar dapat memastikan telefon bimbit masing-masing mempunyai baki kredit yang mencukupi.

    Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kaedah pendaftaran serta terma dan syarat bagi perkhidmatan ini, bolehlah menghubungi Mach Telecommunications System Sdn Bhd melalui e-mel kheuresults@machbrunei.com.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...