Pendaftaran peperiksaan LCCI dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan akan membukakan pendaftaran untuk peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry bagi November 2020 bermula 15 Ogos hingga 7 September.

Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan tidak lewat 7 September, menurut kenyataan yang dikeluarkan, di sini, kelmarin.

Borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperoleh daripada Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat dibuka.

Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada setiap Isnin hingga Khamis pada sebelah pagi bermula pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan sebelah petang bermula pukul 1:30 petang hingga 3 petang dan Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi semasa waktu bekerja.