Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pendaftaran Peperiksaan SPB dibukakan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Pendaftaran Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei (SPB) bagi November 2022 kini dibukakan kepada calon-calon yang berdaftar di Bahagian Pendidikan Lanjutan (BPL) dan calon-calon persendirian.

    Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan menyatakan borang pendaftaran dan keterangan lanjut boleh didapati dari jabatan berkenaan pada waktu pejabat bermula 1 Ogos sehingga 22 September.

    Borang-borang pendaftaran yang telah lengkap dan pembayaran boleh dihadapkan ke Jabatan Peperiksaan pada Isnin hingga Khamis bermula pukul 8 hingga 11 pagi dan pukul 1:30 hingga 3 petang serta Sabtu bermula pukul 8 hingga 10 pagi.

    Bagi keterangan lanjut, bolehlah merujuk Surat Pemberitahuan, Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Bilangan 6/2022.

    Borang pendaftaran yang lengkap serta dokumen hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan tidak lewat pada 22 September.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...