Pendaftaran peperiksaan SPUB, STPUB hari ini

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, memaklumkan bahawa pendaftaran bagi peperiksaan-peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) Tahun 1441H/2020M akan dibuka hari ini hingga 20 April.

Sehubungan itu, dimaklumkan kepada pengetua-pengetua sekolah menengah Arab dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta calon-calon persendirian yang berkeinginan menduduki peperiksaan SPUB dan STPUB Tahun 2020 supaya mengambil borang-borang pendaftaran di Pejabat Bahagian Peperiksaan, JPI di lantai bawah Bangunan KHEU, Jalan Menteri Besar, Berakas semasa waktu pejabat.