BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) selaku Urusetia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) memaklumkan bahawa pendaftaran bagi Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (Darjah IV) (SSSRU) 2017 akan dibuka 11 Mac ini dan akan ditutup pada 25 April nanti.
Borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengannya boleh diperoleh di Pejabat Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Lantai Bawah, Bangunan KHEU, Jalan Dewan Majlis, Berakas semasa waktu pejabat dibuka mulai 11 Mac 2017.