Pendaftaran SSSRU dibuka hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei memaklumkan bahawa pendaftaran bagi Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) tahun 1441H/2020M akan dibuka bermula esok (10 Mac) hingga 30 April depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan KHEU, borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengannya boleh didapati di Pejabat Bahagian Peperiksaan, JPI di Lantai Bawah Bangunan KHEU, Jalan Dewan Majlis, Berakas semasa waktu bekerja.