Saturday, January 25, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaki Everest pertama positif COVID-19

    KATHMANDU, NEPAL, 23 APRIL – Seorang pendaki warga Norway menjadi pendaki pertama yang diuji positif COVID-19 di pangkalan kem Gunung Everest dan telah dibawa ke hospital di Kathmandu dengan helikopter.

    Erlend Ness memberitahu The Associated Press dalam satu pesanan hari ini bahawa dia diuji positif pada 15 April. Dia berkata satu lagi ujian yang diambil semalam adalah negatif dan dia sedang menetap bersama sebuah keluarga tempatan di Nepal sekarang.

    Jurupandu gunung Lukas Furtenbach mengingatkan bahawa sekiranya langkah keselamatan tidak diambil, virus mungkin merebak di kalangan ratusan pendaki, jurupandu dan pembantu lain yang kini berkhemah di kaki gunung Everest.

    Furtenbach, memimpin sekumpulan 18 pendaki ke Gunung Everest dan Gunung Lhotse, berkata mungkin terdapat lebih banyak kes di gunung memandangkan pendaki Norway itu telah tinggal bersama beberapa pendaki lain selama beberapa minggu.

    Mana-mana wabak yang meletus mungkin menamatkan musim mendaki lebih awal, sebelum cuaca baik bermula pada Mei, katanya. – AP

    LukasFurtenbach, jurupandu gunung Everest bercakap semalam temu bual dengan AssociatedPress di Kathmandu kelmarin. Furtenbach diuji positif COVID-19 di kem pangkalan Gunung Everest. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda