Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pendaki India meninggal dunia di puncak Himalaya

    KATHMANDU, 6 MEI – Seorang pendaki India meninggal dunia di Nepal berhampiran puncak gunung ketiga tertinggi dunia, menurut penganjur eksplorasi hari ini, kematian ketiga dicatatkan pada tahun ini semasa musim pendakian Himalaya.

    Narayanan Iyer, 52, meninggal dunia kelmarin pada ketinggian 8,200 meter, berhampiran puncak Gunung Kanchenjunga.

    “Dia mendaki lebih perlahan berbanding yang lain dan dua jurupandu kami turut membantunya. Dia merasa sangat letih, tidak mampu meneruskan lalu rebah,” Nivesh Karki dari syarikat Pionner Adventure memberitahu AFP.

    Karki memberitahu bahawa ahli keluarga Iyer sudah dimaklumkan dan syarikat tersebut berusaha untuk menguruskan butiran pemulangan mayatnya.

    Iyer adalah pendaki ketiga yang meninggal dunia di Nepal pada tahun ini.

    Bulan lalu, pendaki Greece meninggal dunia pada ketinggian 8,167 meter di Dhaulagiri selepas jatuh sakit semasa pendakian turun.

    Beberapa hari kemudian, seorang pendaki Nepal yang membawa peralatan ke puncak ditemui mati di Gunung Everest. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...