Pendaki legenda Nepal meninggal dunia

KATHMANDU, 21 SEPT – Pendaki legenda Ang Rita Sherpa, yang memegang rekod mendaki puncak tertinggi Everest tanpa bantuan oksigen, meninggal dunia pada usia 72 tahun.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya hari ini di rumah anak perempuannya di Kathmandu, kata bekas presiden Persatuan Pendaki Nepal Ang Tshering Sherpa.

Menurut Agensi Anadolu pada 2017 beliau diserang strok sehingga menjejaskan fungsi otaknya.

Diberi gelaran ‘Snow Leopard’ kerana kejayaannya yang luar biasa menjejakkan kaki sebanyak 10 kali di puncak Everest.

Beliau menawan puncak Everest setinggi 8,848 meter (29,000 kaki) buat pertama kali tanpa bantuan oksigen pada 1987.

Pada 2017, beliau menerima sijil Guinness World Records selepas berjaya menawan puncak Everest untuk kali ke-10 pada 1997. – Bernama