Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pendaki Norway dalam misi pecah rekod

    ISLAMABAD, 29 JULAI – Seorang wanita warga Norway berada di landasan betul untuk menawan 14 ‘puncak tertinggi’ dunia dengan catatan masa terpantas, selepas dia berjaya mendaki Gunung Broad Peak di Pakistan, gunung kesembilan yang ditaklukinya.

    Pakistan mempunyai lima daripada 14 puncak tertinggi – iaitu gunung yang mempunyai ketinggian melebih 8,000 meter. Berjaya mendaki kesemuanya dianggap sebagai pencapaian terbaik bagi seorang pendaki.

    Kristin Harila cuba memecahkan rekod pendaki Nepal, Nirmal Purja yang berjaya mendaki kesemua 14 buah gunung dalam masa enam bulan enam hari.

    Kelmarin, hari ke-76 Kristin membuat pendakian, berjaya berada di puncak Broad Peak, gunung ke-12 tertinggi.

    Pegawai dari Alpine Club of Pakistan tidak dapat mengesahkan dengan segara kedudukan pendaki berusia 36 tahun itu ketika ini, tetapi dia melakukan pendakian enam hari selepas berada di puncak K2, gunung kedua tertinggi di dunia.

    “Dia kini mendaki turun ke pangkalan kem, dan menuju ke dua gunung terakhir di fasa kedua projek ini, Gasherbrum I dan II,” menurut pesanan yang dihantar melalui Instagram.

    Minggu lalu, Sanu Sherpa dari Nepal, menjadi individu pertama yang berjaya mendaki kesemua 14 puncak gunung sebanyak dua kali selepas tiba di Gasherbrum II. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...