Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pendaki OKU mulakan misi tawan puncak Kinabalu

    RANAU, 30 OGOS – Seramai 22 peserta termasuk enam pendaki orang kurang upaya (OKU) bagi Ekspedisi Kinabalu OKU Challenge 2022 memulakan pendakian mereka dari  Timpohon Gate di sini pada 9 pagi tadi, bagi misi menawan puncak Gunung Kinabalu.

    Peserta ekspedisi anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, dijadual tiba di Laban Rata lewat hari ini, sebelum meneruskan pendakian dan dijangka sampai di puncak setinggi 4,095 meter itu pada awal pagi esok sempena Hari Kebangsaan 2022.

    Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) UIAM Prof Madya Dr Zulkifli Hasan, yang mengetuai ekspedisi itu, berkata pendakian tersebut merupakan kemuncak kepada persediaan yang telah dilakukan oleh para peserta sejak beberapa bulan lepas.

    Katanya persediaan yang dilakukan bukan sahaja berbentuk fizikal  seperti latihan mendaki gunung dan  bukit di Semenanjung, malah dari  segi kekuatan minda terutama dalam kalangan pendaki OKU kerana ia  membabitkan pendakian ke puncak sejauh 8.7 kilometer. – Bernama

    Sebahagian daripada 22 peserta termasuk enam pendaki OKU yang menyertai ekspedisi  ketika turun dari Timpohon Gate dalam misi menawan puncak gunung tersebut sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...