Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Pendaki wanita buru rekod masa terpantas

    KATHMANDU, 12 JUN – Seorang pendaki wanita warga Norway ketika ini berada di landasan yang betul untuk memecahkan rekod catat masa menakluki puncak tertinggi ke-14 dunia, sebagai sebahagian daripada perjalanannya untuk mengubah bagaimana dunia pendakian melihat atlet wanita.

    Kristina Harila sudah berjaya menakluki enam gunung berketinggian lebih 8,000 meter, termasuk Everest, dalam masa dua bulan kebelakangan.

    Wanita berusia 36 tahun itu berharap dapat setara atau mengalahkan rekod pendaki lelaki warganegara Nepal, Nirmal Purja yang dicatatnya pada 2019.

    “Dalam sejarah dan sehingga ke hari ini, kebanyakannya hanya golongan lelaki mendaki gunung,” kata Harila kepada AFP pada minggu ini.

    “Apabila saya bercakap kepada orang ramai di luar daripada sukan ini, mereka percaya golongan lelaki lebih hebat daripada wanita…Jika kita ingin mengubahnya, kita perlu mencuri tumpuan dan menunjukkan bahawa wanita juga mampu melakukannya.”

    Pendaki dan jurupandu lelaki berada pada kedudukan teratas sukan ini, dengan hanya sebilangan kecil pendaki wanita berjaya meraih perhatian dan penaja untuk ekspedisi mereka. – AFP

    Kristin Harila semasa bercakap dengan wartawan di Kathmandu. Dia meluahkan hasrat untuk untuk memecahkan rekod catat masa menakluki puncak tertinggi ke-14 dunia bagi mengubah bagaimana dunia pendakian melihat atlet wanita.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...