Pendakian ke Gunung Fuji ditutup elak penularan pandemik

TOKYO, 18 MEI – Gunung Fuji Jepun akan ditutup bagi pendakian musim panas tahun ini untuk mencegah penularan koronavirus baharu, kata para pegawai hari ini.

Wilayah Shizuoka, rumah kepada pergunungan tertinggi di negara itu, mengumumkan mereka telah menutup tiga daripada empat laluan utama ke puncak gunung tersebut.

“Laluan itu dibuka pada musim panas namun tahun ini kami akan menutupnya bermula 10 Julai hingga 10 September,” satu-satunya musim pendakian ke Gunung Fuji, kata seorang pegawai wilayah Shizuoka kepada AFP.

“Kami mengambil langkah ini bagi mengelak penularan koronavirus,” kata pegawai.

Ia akan menjadi yang pertama kali laluan ke gunung berapi setinggi 3,776 meter itu akan ditutup sejak 1960 apabila wilayah itu mula mengaturkan laluannya, tambahnya.

Keputusan itu muncul selepas wilayah Yamanashi berdekatan berkata ia akan menutup laluan Yoshida, laluan pendakian popular di antara empat laluan.

Pondok gunung bersama empat laluan juga akan kekal ditutup. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 30 April menunjukkan Gunung Fuji, Jepun yang jelas kelihatan dari bandar Fujiyoshida, wilayah Yamanashi. – AFP