SEOUL, 8 Ogos – Pendakwa Korea Selatan meminta maaf hari ini berhubung penyalahgunaan hak asasi manusia di bawah ‘kerajaan authoritarian’ sebelum ini, termasuk penyeksaan dan pelaksanaan hukuman mati ke atas aktivis pro-demokrasi.
Negara itu diletak di bawah pemerintahan diktator selama ini, hanya mengamalkan demokrasi pada tahun 1980.
Perkhidmatan perundangan itu telah dikritik berdekad-dekad lamanya kerana mendakwa penentang politik atau menutup mata kepada penyalahguaan kerajaan, terutamanya ke atas penentang dan aktivis pro-demokrasi ketika pemerintahan yang disokong oleh tentera.
“Saya meminta maaf kepada rakyat Korea Selatan,” kata Moon Moo-Il, yang memegang jawatan pendakwa raya pada bulan lalu.
“Saya kesal pendakwaan tidak menjalankan tugasnya untuk mematuhi prosedur perundangan dan melindungi hak asasi manusia dalam beberapa kes politik sebelum ini di bawah
kerajaan authoritarian,” kata beliau dalam kenyataan maaf pertama oleh seorang ketua pendakwa.
Moon memetik pendakwaan aktivis demokrasi pada akhir 1960 dan 1970 kerana menubuhkan kumpulan pro-Korea Utara untuk mengguling kerajaan Selatan di bawah pemerintahan dictator Park Chung-Hee.
Kes tersebut menerima kritikan berhubung penggunaan penyeksaan dan kekurangan bukti, namun lapan aktivis akhirnya dijatuhi hukuman mati pada tahun 1975 dan dilaksanakan hukumannya pada keesokan harinya.
Kesemua lapan – dan berpuluh yang lain diberikan hukuman penjara lama – dibebaskan daripada tuduhan dari tahun 2007 oleh sebuah mahkamah Seoul yang mendapati mereka telah diseksa.
“Saya merancang menyampaikan perutusan maaf saya kepada mereka yang disabit bersalah serta keluarga mereka,” kata Moon, menambah beliau akan menjadikan perkhidmatan perundangan ‘telus’ untuk memastikan ‘keberkecualian politik.’ – AFP