Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendakwa Paris siasat ‘penghapusan terancang’ Apple

    PARIS, 9 Jan – Pihak pendakwa Paris telah melancarkan penyiasatan ke atas syarikat gergasi teknologi AS, Apple berhubung ‘penghapusan terancang’ yang disyaki dalam beberapa model iPhone, sumber kehakiman memberitahu AFP semalam.

    Ia dibuat selepas satu aduan oleh persatuan Stop Planned Obsolescence (HOP atau Halte a I’Obsolescence Programmee) yang mengusuli pengakuan Apple bulan lalu bahawa ia dengan sengaja memperlahankan model-model lama iPhone keluarannya dalam tempoh masa.

    Penyiasatan ke atas kemungkinan ‘penghapusan terancang’ atau ‘penipuan’ telah dimulakan Jumaat lalu dan diketuai oleh pakar-pakar perlindungan pengguna dan antiamanah di kementerian ekonomi Perancis, menurut sumber itu.

    Apabila dihubungi oleh AFP, Apple Perancis tidak mengulas perkara itu.

    Penghapusan terancang merupakan amalan komersial yang dikritik secara meluas yang digunakan oleh pengeluar-pengeluar dalam tempoh habis produk mereka supaya para pengguna terpaksa menggantinya. – AFP

    Gambar fail 15 November 2014 menunjukkan iPhone dipamerkan di salah sebuah kedai baru Apple di Lille. Pihak pendakwa menjalankan siasatan ke atas Apple berhubung dengan ‘penghapusan terancang’ dalam beberapa model iPhone. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda